Wednesday, 27 November 2013

Last Picnic Together with Lovely Friends...Terpisah jua kita

Assalamuilaikum readers..

Hari ni aku nk berkongsi skit crita tentang apa yg berlaku sjk-kbelakangan ni. Seblum tu, aku na mengisytiharkan bahawa aku sudah merdeka SPM pada 27Nov2013. Tepat pada pukul 12 tgh hari semalam.Alhamdullilah :) happy? of course lah beb!  Paz nie bley la aku cari jajan,asam boi n meggi..haha selama hmpir 4 minggu tahan nafsu makan benda tu.Sekarang tak lagi..hahaha :D Officially Freedom!! Dah tak payah tgk buku2 skolah,pkai baju skolah,beg skolah n kasut skolah..Apa yg pasti, diriku pasti akan merindui detik2 bergelar budak skolah sobsob ada tisu x? nak nangis ni..

Sekarang aku dah rindu waktu kat skolah2 dulu..waktu presentation,waktu kena denda la,waktu gossip dgn kawan2.haxhax.waktu speech kat depan hari guru..n bnyk lg la..ponat jejari gebu ni nak taip semua T_T

Ok kita truskan topic kita yg sbenar...pada hari ini (Khamis) aku dan kawan2 kelas 5P
A buat jamuan perpisahan @ picnic kat Teluk Batik.Alhamdullilah semua berjalan lancar.Cuacapun elok.Angin sepoi2 bahasa..Kami mulakan picnic pada pukul 9 pg. siap ada kawan laki yg psg khemah lagi tu.haxhax..camping or picnic??

Kami juga buat bbq kat tepi pantai.Pada mula susah nak nyalakan api..yelah angin pantai tiup.Tapi selepas lama bhempas-pulas,akhirnya berjaya juga menyalakn unggun api.Hooray.. bakor ayam n sosej. Kita bako je..bako je..bak kata Usop Wilcha.haha. Slain bbq,ada yg siap bwk bihun singapore,nugets n bwk mcm2 air gas..

Kawan aku si Lolan,Lynn n beberapa kwn laen jd masterminds buatkan acara cari straw dalam pinggan yg penuh dgn tepung. Haha. budak laky yg je main..Habis cantek  n putih albino muka diaorg semua..haha. tak perlu pkai make up bagai..'Natural Beauty' gitu hihi.
Pemenang ada menang hadiah.Hamper makanan. Kelas gitu! agak2nya brapalah diaorg hbiskan duit kelas yg aku bg tu?? :) sure guna semua..yelah t dah x guna lg..

Pada pukul 12.30 camtu, aku,Mas,Daeyinie,Farah Y, Atynn n Elly naik bot.pusing2 kat kawasan tu..Harga tambang cuma RM5 je..murah!!! so apa lg,aku tak mau lepaskan peluang nie...Bot bergerak laju beb!! habis kawan2 popuan aku menjerit nyaring! Aduss..sakit telinga aku..Aku duduk tepi so semestinya terkena percikan air...ada bebrapa babak, kawan2 aku pegang erat tanganku..takut kot.haha.normallah tu..ekstrem!!

Akhirnya picnic kami tamat pada pkul 1 lebih..ramai yg cakap,macam tak nak balik je..Seronok giler!! budak2 laki kelas aku pula cadangkan buat picnic lagi laen kali...Bajet mane beb??bajet? need a lot of budgets..

Thats all my stories ary ni...Happenin!! Paznie dah tak nampak wajah2 mereka semua..masing2 bwk haluan  kerjaya masing2...sebak plak hati ku ni..Aku rindu nk tgk muka2 kwn aku..rindu nk dgr diaorg usik aku..huhu..

5PA gonna miss you..all that memories..

(Lirik  lagu Selamat Tinggal Bintang)
Ku sedari..kita kan selalu saling merindui..
Namun janganlah hendak ditangisi..
Kerna wajahmu terpahat di hati...

Mampukah ku hentikan detik dan waktu..
Biar semua ini tak berlaku..

Walau beribu jauh di mataku,
Mawar rinduku tak bisa layu..
Akan subur ku siram selalu..
Dalam doaku..

Walau bertahun..tidakkan bertemu..
Bintang kasih mu kan ku ingat selalu..
Moga saat kita kan bertemu..
Kau ku tunggu....... ♥♥


Tuesday, 29 October 2013

Majlis Mohon Restu SPM 2013

Assalamuilaikum readers.

Hari ni aku nak share apa yg berlaku pada hari ni. Seawal 7.30 pagi,prhimpunan bermula..Usai perhimpunan, para pelajar form 5 diminta ke dewan block C.Tujuannya ialah nak  awdakan majlis mohon restu n susun krusi n meja utk SPM kelak.

Ramai cikgu beri nasihat itu ini sebelum or semasa periksa nanti.Aku yg duduk dekat blakang khusyuk dgn apa yg disampai oleh cikgu..

Lepas reht, majlis tersebut bermula.Bermula dengan kelas belakang dulu.Para cikgu berdiri di suatu tempat manakla pelajar2 pula beratur pjg utk salam dgn cikgu2.Waktu tu tgk ramai pljar popuan udah mula menangis.Ada yg dipeluk erat oleh cikgu.Ada yg menangis gembira.Ada juga  yg x menangis lgsg!Especially kaum lelaki lah  T_T

Pada mulanya aku rasa xmau nangis2 bagai.Nak kuat!Hahaha.Tapi bila giliran kelas aku utk minta restu dekat cikgu2..aku tak rasa apa2 lagi.Kebal konono hati. huahua

Pengetua orang yg pertama aku salam dan minta maaf.Dia pun beri kata2 smgat kat kami semua.Pastu cikgu Bakar,diapun beri semangat! Bila giliran usatazah Norazizan,aku mula rasa sebak di hati.Ada 2sebab kenapa aku tetiba rasa sebak. Yang pertama: dia pernah ajar aku pendidikan agama Islam ktika aku form4. Sebab ke-2 pula: dia masih ingat nama aku. X sangka beb!! Aku bukanlah plajar yg selalu mjdi prhatian para cikgu. Aku cuma pelajar yg pemalu.Haha.Sure korang tak percaya kan?cayalah beb

Bila sampai giliran guru kelas aku, Cikgu Hanizah Jalal terus aku xdpt thn rasa sebak yg bersarang di hati.Aku siap peluk cikgu comel tu.Dia memang kenal aku wlaupun x senakal pljar lainCikgu Hanizah pon menangis smpai pipi,hidung n mata menjdi kemerah-merahan.Majority memang pelajar perempuan kelas aku menangis bila wktu salam dgn dia.

Seterusnya  giliran ustazah Nafisah yg tinggi lampai n putih mlepak,Aku pun peluk dia.Dia juga beri kata2 semangat kat ak. aku terus mengamin kata2 ustazah. :')

Cikgu pengawas iaitu Cikgu Zarina(guru perdagangan)  aku salam dan peluknya. aku tersenyum kecil mndengar usikan cikgu tu.

Bila semua cikgu dh salam,aku g kat budak2 perempuan kelas aku.Aku tgk majority merah mata mereka..Hidungpun merah! dah sah menangis. Ada ramai tanya aku sama ada aku menangis atau tak,aku ckp menangislah! Ramai tak caya! Sabar jelah sebab selama ni dia org jarang tgk aku menangis..Aku tunjuk bukti bahawa mata aku merah n basah.Baru diaorg percaya. kahkahkah

Usai majlis,kini tiba pula masa utk susun meja n kerusi. Disebabkan nama aku bermula dgn huruf F maka,aku dapat duduk ke 4dari depan.Senang sikit dengar arahan drpd ketua pengawas nanti.Hahaha.

So setakat tu aku berceloteh.Penat taip memanjang ==' Hahaha.
bye2 guys,need to go right now.Enjoys your reading  with all about my stories.

Thursday, 24 October 2013

I'm a new blogger

Assalamuilaikum pembuka bicara. Tuan empunya badan ni baru berjinak2 dgn blog ni.Hahaha.Sebenarnya dh lama trigin ada blog tapi ada saja masalah itu inilah.macam2 lah. Ayoyo!! Tapi berkat kesabaran yg mengunung selama ni,maka wujud juga blog Tinta Fantasia ini. Alhamdullilah :)

Aku namakan blog ni Tinta Fantasia sebab unik aku rasa nama tu.Segala coretan disini kemungkinan ada kisah benar/fantasi. Aku gemarkan alam fantasi sebab kita akan dapat apa yg kita na.Macam mudahkan?

Objektif blog ini adalah:-
1) Sekadar mahu berkongsi cerpen@novel karya aku sendiri.Original beb!! Ada yang cerpen berdasarkan kisah benar,ada juga yg hanya fantasi di kotak fikiran aku saja.Haha.Nak publish disini stelah lama menjadi stok 'pekasam' di facebook atau di buku2 nota aku.

2)Sekadar mahu bercerita kehidupan aku sebagai seorang gadis@pelajar thun akhir di SMK. Mana tahu korang boleh ambek moral of story ke apa kan?hehe

3) Mahu berkongsi gambar2 yg  bermakna utk kau orang.Tiap gambar,ada ceritanya.Ayat siapalah tu ya??Hahaha. LoL

Mungkin menulis diblog ni,korang dpt memahami perasaan aku sebagai insan yang chubby.Dan mungkin dapat mengenali aku lebih dekat.Hahaha :D

so,setakat tu je yang aku boleh coretkan kat sini. Aku buat blog bukan utk mencari publisiti. Cuma menjadi blogger yang biasa2 je.. Ohya,aku juga akan kongsikan sikit2 lukisan aku.Aku bukanlah pelukis mahir seperti Leonardo Da Vincci,Emma Maembong atau kartunis2 lain.Aku cuma pelukis doodles dan anime yang amatur

bye2 my readers