Thursday, 28 April 2016

Pengalaman Aku & Tips Ke Vietnam (Last Part)

Hai semua. Assalamualaikum. Aku teruskan bercerita tentang kisah percutian kali ini di Ho Chi Minh, Vietnam ye. Harap-harap enjoy.

HARI KEDUA DI VIETNAM
Subuh di sini awal maka pagi di sini cepat cerah. Pukul 6 pagi sahaja, sudah cerah. Kalau Di Malaysia, gelap lagi kan? :) Okay kami memulakan hari kedua dengan bersarapan di sebuah kedai berhadapan hotel kami sahaja iaitu Kedai Makan Hajah Basiroh. Sebenarnya, di sini mudah saja untuk mencari makanan yang halal :
tu dia kedai makan breakfast kami. Sederet kedai situ, banyak lagi restaurant halal. So jangan risau ye.
Menu di sini sama sahaja dengan menu breakfast di Malaysia. Ada roti canai (frozen n kecik je), bihun goreng, mee goreng, nasi lemak. Korang pilih aje makanan yang korang nak makan. Sebelum shopping, kenalah cas tenaga dulu kan. Hahaha. Tapi makanan Malaysia disini sangatlah mahal. So korang haruslah pandai berjimat-cermat dan seelok-eloknya bawak lah bekal makanan dari Malaysia (Meggi, Milo, Serunding, Brahim's Food).

Aku dan 2 orang sepupu

aku order nasi lemak dan milo ais. Depan aku tu, roti canai sepupu aku punya. kecik je kan?
tapi rasa nasi lemak lain sikit dari Malaysia punya (pendapat aku lah)
yang ini makanan Vietnam yang ayah aku cuba. Pedas tapi sedap! :)
Nama: Pho Bo (macam mee sup bebola daging la)
Puas bersarapan, kami memulakan shopping lagi. Selain masuk Ben Thant Market pada pagi itu, kami turut masuk satu persatu kedai lain dibarisan hotel kami di situ. Lenguh juga lah kaki aku berjalan ke sana-sini temankan mereka. Sebenarnya banyak kedai yang kami masuk, cuma hanya beberapa gambar yang sempat aku tangkap sewaktu mereka sedang shopping.

kedai ini berada ditingkat atas. Geng perempuan sibuk memilih baju,tudung Naelofar, telekung dan lain-lain sementara geng lelaki (ayah n ayah lang aku) pergi minum
Saigon Square
Seterusnya, kami turut menuju ke Saigon Square (lebih kurang sama aje dengan Ben Thanh Market). Cuma bezanya Saigon Square ini ialah tempat tersebut sejuk kerana ada aircond.
suasana dalam Saigon Square
Disini aku dan mak pergi sebuah kedai yang menjual baju kanak-kanak. Malangnya, kedai kami berdua pergi tu peniaganya tidak tahu berbahasa Melayu. Maka, aku menjadi jurubahasa kepada emak aku. Aku guna simple English. Meskipun aku berbahasa Inggeris, namun peniaga kedai tersebut seperti tidak fasih dan mengerti apa yang aku cakap. Malah,ketika aku minta saiz baju budak untuk 5 tahun, si perempuan (peniaga) itu bukan menyoal anggaran umur tetapi menyoal aku tentang anggaran berat si budak 5 tahun. Aku agak hairanlah -___- Aku rasa mungkin disini, cara nak cari saiz baju budak-budak mungkin mengikut berat bukan umur. #BersangkaBaik. Hahaha. Malah, insiden tersebut hampir membuatkan kami bertekak juga sebab orang-orang di sana agak kasar. Akhirnya, mujur ada angah datang menolong kami berdua dan kami berjaya membeli baju untuk Triple A.

Sedang asyik bershopping, tekak mula dahaga. Maka, ayah aku segera membeli air kopi Vietnam. Orang cakap, kalau pergi Vietnam tak minum kopi Vietnam tersangatlah rugi. Order 5 cawan kopi susu. Ya Allah lazatnya. Rasanya seperti Latte. Oh ya, penjual kopi di sini menggunakan motor. Kopi tersebut dijamin halal dan berharga RM3 je.
Rata-rata penjual kopi menjual kopi menggunakan motorsikal
ini Milk Coffee aku punya. Sedap!
Kami meneruskan shopping kami disebuah kedai kain. Sewaktu berada di kedai kain, kami dilayan ramah oleh seorang peniaga lelaki muda. Rupa-rupanya, peniaga lelaki muda tersebut adalah penduduk tempatan Vietnam dan merupakan pelajar UIA di Gombak, Malaysia (sambil tunjuk kad pelajarnya sebagai bukti). Dia hanya tolong berniaga kedai kain kakaknya sementara dia sedang cuti. 

Angah dan  Mak Lang leka memilih sutera Vietnam
Pukul 6 petang, bandar Ho Chi Minh  dah mula gelap. Perut kami semua dah keroncong lapar. Hahah. So kami decided nak makan malam terus sebelum balik ke hotel. Dinner kali ini kami memilih restaurant Mu Sa Kariem. Dekat je dari hotel kami. Sebaris dengan kedai makan Hajah Basiroh tadi. Rata-rata restaurant di sini ada aircond untuk keselesaan pelanggan. Malah, turut ada free wifi.

Tu lah restaurant yg kami dinner. Siap ada lambang 1 Malaysia. Hehe
sepupu ku khusyuk menikmati makanan. macam ini reka bentuk dalam kedai makan Mu Sa Kariem

aku menikmati nasi goreng seafood manakala sepupuku menikmati nasi goreng nenas
Perut sudah kenyang, maka pulang ke hotel. Usai solat, aku dan parents sibuk mengemas bagasi masing-masing di dalam bilik hotel kami. So total beg (campur beg aku dan parents) = 5 Beg. Banyakkan? pergi 2 beg sahaja. balik 5 beg terus. Hahaha.  1 beg sandang dan 4 bagasi kecil-kecil je.

HARI KE-3(AKHIR) DI VIETNAM
Pada pukul 7 pagi, aku dan parents pergi breakfast di bilik hotel Mak Lang dan Ayah Lang di tingkat atas. Brahim's food menjadi juadah kami :) Usai breakfast, kami berehat semula di bilik hotel masing-masing. Masih ada 3-4 jam lagi sebelum ke AirportSementara menunggu pukul 10 pagi, aku mengajak emak aku pergi shopping saat-saat terakhir. Aku, mak bershopping bersama angah dan ati di kedai tudung depan hotel kami. Dekat je. Di situ kami beli banyak tudung sarung 2 faces jenama Naelofar Hijab.
kedai Nhu Y. Kami beli banyak tudung Naelofar Hijab :)

ini tudung Naelofar Hijab yang aku beli :) 2 faces.sarung je
Puas bershopping, kami pulang semula ke hotel untuk kemas beg kali terakhir sebelum timbang di penimbang yang berada di lobby hotel. Mula-mula memang terlebih had KG la, macam-macam masalah. Namun, Alhamdullilah dapat selesaikan semua dan berat 5 beg kami ngam-ngam. Heheh.

Lupa plak nak bagitahu, korang boleh mintak pekerja hotel tu tolong balutkan bagasi korang (especially untuk diletak di bahagian kargo) Rasa selamat sikit. Cas dikenakan hanya RM 10 je setiap 1 beg. Bagasi kami yang dibalut hanya 2 je kerana selebihnya kami angkut di dalam pesawat.

Kami check-out dari hotel pukul 10 pagi. Kami menaiki teksi Vinasun ke airport. Sepanjang perjalanan ke airport, jalan raya seperti biasa terlalu padat dengan motor. Kadang-kadang risau je terlanggar.


selamat tiba airport :) 
Airport di Saigon ni kecil je, tak sebesar di KLIA2. Kami semua bertujuh lekas ke balai berlepas dan ke kaunter check-in bagasi.

Belakang tu kaunter check-in bagasi (20KG). Kat troli tu pula bagasi yang dibawak naik atas pesawat
Usai urusan check-in bagasi, kami pergi ke bahagian imegresen pula. Di bahagian sini, handphone, tali pinggang, dompet, handbeg dan lain-lain perlu dikeluarkan then di letakkan di sebuah bakul khas untuk di scan mesin pihak imgresen Vietnam. Usai di scan, kami terus ke bahagian mengecop passport. Macam biasalah. Kami bertujuh selamat melepasi tahap tersebut. Sebab sebelum ini selalu baca blog/pengalaman orang  lain, bahagian imegresen Vietnam tersangatlah ketat dan sukar melepasi. Alhamdullilah Allah permudahkan perjalanan kami :)

Ruang menunggu kami di no.20 tetapi terpaksa ditukar saat-saat akhir kerana ada sedikit masalah pesawat lain di situ. Agak jauh lah untuk berjalan dari ruang no. 20 ke ruang no.17.


tak sabar nak balik Malaysia. yeay!!!
Akhirnya final call dah memanggil kami untuk memasuki pesawat Air Asia. Kami segeralah menuju ke tempat duduk masing-masing. Doa memulakan perjalanan dibaca. Maka, berlepaslah kami dari Bandar Ho Chin Minh.  Selamat Tinggal! We gonna miss 'you' hahaha.

finally, we fly  back to Malaysia
Sebenarnya banyak lagi cerita yang ingin dikongsikan namun cukuplah sampai disini sahaja. Aku nasihatkan korang pergilah travel ke negara lain supaya korang dapat buka mata lihat kehidupan penduduk lain. Jauh perjalanan, luas permandangan :). Percutian aku amatlah pendek selama 3 hari 2 malam sahaja. Jadi, kami tidak sempat melancong kawasan menarik ketika di sana. Huhuh. Sedih juga lah sebenarnya. Namun jauh di sudut hati, aku bersyukur kerana masih diberi rezeki melawati negara orang.

Sebelum travel, sila pastikan passport masih ‘bernyawa’, mempunyai bajet percutian yang  cukup dan sila kuatan mental dan fizikal ya. 

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekelip mata. Macam kejadian sehari sebelum aku pergi travel ke Vietnam, berita di radio dan kaca televisyen menyatakan sebuah pesawat FLYDUBAI terhempas dan semua penumpang mati! Waktu tu, hanya Allah saja yang tahu perasaan kami seketika itu. Kejadian itu berlaku kurang dari 24 jam sebelum penerbangan kami bermula. Namun, kami positifkan diri. Alhamdullilah semua berjalan lancar.

p/s: Travel kali ini merupakan pengalaman pertama aku ke luar negara.

Friday, 1 April 2016

Pengalaman aku & Tips Ke Vietnam (Part 1)

Assalamualaikum. Okay hari ini aku nak bercerita tips dan pengalaman aku sendiri ke negara orang iaitu Vietnam. Aku pergi bersama parents dan sebuah keluarga Mak lang aku selama 3 hari 2 malam sahaja. Sebenarnya, rancangan ke Vietnam sudah lama. Heheh. Kita mampu merancang, Allah yang tentukan. So, Alhamdullilah tarikh 20.3.2016 kami fly to Ho Chi Minh City,Vietnam. Waktu penerbangan  keluarga aku berbeza dengan flight keluarga Mak lang aku. Mak Lang aku pergi dulu ke Ho Chi Minh City pada pukul 8 pagi camtu. Kemudian, barulah giliran aku, parents dan angah (anak Mak Lang aku a.k.a my cousin) menaiki pesawat Air Asia pukul 12.30 tgh hari. Total kos = RM800 lebih camtulah pergi-balik include skali makan dlm pesawat (kami tempah tiket murah awal-awal). Murahkan? hahha. Perjalanan dari Malaysia ke Vietnam mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja.

Ini pesawat kami :)
Sewaktu di awan biru, pramugara kacak menghidangkan kami menu Nasi Lemak Pak Nasser yang tersangat sedap! Superb! (kos makanan ni dah termasuk dengan harga tiket swktu pembelian online hari itu). Aromanya menusuk seluruh kapal terbang. Hahah. So, we enjoyed our meals sambil menikmati alam ciptaan Allah yang sungguh indah di bawah sana.
Nasi Lemak Pak Nassir
suasana di atas awan biru. Subhanallah. Cantik yg amat
Selfie bersama parents  di dalam pesawat Air Asia :) 
Lebih kurang pukul 2 petang, kami selamat tiba di Tan Son Nhat International Airport (Saigon). Macam biasalah, pergi ke bahagian imgresen Vietnam terlebih dulu untuk mengecop pasport. Ramainya orang beratur di kaunter. Disana, terdapat 3 jenis kaunter : kaunter Asean, kaunter Vietnamese dan  kaunter All Passport. So kami pergi ke kaunter All Passport. Para pegawai di sana sangatlah ketat mukanya. Mereka hanya diam tanpa sebarang senyuman. Aku ucap thank you pun, krik-krik saja.
kawasan kapal terbang mendarat
camni kawasan airport tersebut (sumber; google)
Selesai segala urusan passport, kami terus ke kaunter teksi untuk pergi ke hotel. Angah yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang kami berada di sana. Kami pergi tanpa sebarang travel agency. Memang agak mencabar juga tapi Alhamdullilah Allah permudahkan segalanya ;)

Sebaik sahaja kami keluar dari balai ketibaan, kami disambut orang-orang Vietnam bersama banner mereka. Barangkali mereka menunggu pelanggan juga. Dah rasa macam artis plak! huahua >< Akhirnya, angah berjaya mencari teksi . Pada mulanya, sewaktu kami menaiki teksi tersebut tersangat lah janggal kerana stereng kereta di belah kiri. Kekok sesangat walaupun bukan kita sendiri yang bawak. Jalan raya di sana terlalu banyak motor. Malah, bunyi hon sudah menjadi kebiasaan halwa telinga penduduk di sana. Antara teksi yang orang syorkan jika ke mari adalah Vinasun dan Mailinh. 
ini jenama teksi yang kami naik
BEG
Aku nak bagitahu kalau kau nak pergi travel ke Ho Chi Minh City, seelok-eloknya kau pakailah beg sandang. Hehehe. Pengalaman ini berlaku sendiri pada aku dan parents. Kami bawa 2 bagasi yang agak besar dan berat. Mujur, keluarga saudara yang lebih arif memberitahu kami bahawa beg kami tidak boleh melebih 7kg (dibawa masuk Flight). Kami ingatkan bagasi kami perlu tak lebih 20kg(check-in beg). 

So, malam sehari sebelum ke Ho Chi Minh City, kami bertiga tukar beg yang lebih kecil. Parents aku share beg. Aku beg sendiri. Hahah. Kau perlu bawa pakaian yang penting sahaja. Selepas kemas maka, sesi menimbang beg dimulakan di ruang tamu rumah saudara. Alhamdullilah, beg aku hanya 6 kg manakala beg parents aku ngam-ngam 7kg camtu lah. Waktu pergi ke Vietnam, tak perlu tempah beg kargo. Waktu balik ke Malaysia, barulah boleh tempah untuk beg kargo (check-in). 

Di Ho Chi Minh City, kau boleh beli beg-beg yang dijual. Macam-macam jenama dan jenis ada. Malah, jika pandai mencari dan tawar-menawar, kita dapat beli beg yang murah. So, aku dan mak berjaya beli dan rembat 1 beg sandang dan 2 lagi beg bagasi (kecil) untuk memudahkan isi barang-barang  shopping kelak.
beg sandang
TUKAR DUIT
Aku dan parents dah tukar awal-awal duit di Malaysia. Senang.  Kalau tak sempat pun tak apa, sebab immediately lepas kaunter imigresen aje kat airport HCM tu, terus ada kaunter Currency Exchange dan kaunter teksi, sebelah-menyebelah aje. Boleh tukar. Korang boleh tukar duit Malaysia kepada Vietnam Dong (VND) atau USD Dollar. Di Vietnam, orang yang berpengalaman menasihatkan lebih baik menggunakan USD Dollar atau RM je walaupun mereka masih menerima pembelian dalam Vietnam Dong (VND). Tapi aku dan family lebih prefer menggunakan RM dan Dollar sebab senang nak kira. Hahaha. Vietnam Dong (VND) terlalu besar nilai kosong-kosong di belakang. Boleh jadi jutawan dah >< hihihi

UNIVERSAL TRAVEL ADAPTER
Korang kena bawak universal plug ke Vietnam kerana plug di Vietnam berbeza dengan Malaysia tau. Universal Travel Adapter tu aku beli di Tesco sahaja. Harga RM 22 sahaja. Mujur tidak terbeli sebuah Universal Travel Adapter lain yang  untuk negara Eropah punya yang berharga RM77. Alhamdullilah. So, cucuk je untuk cas handphone, powerbank,kamera dan sebagainya kat hotel sana nanti.
ini plug di Vietnam.(sumber:google)
WET TISU
What?!! Wet Tisu?! Benda ini memang nampak remeh kan? Walhal benda ini lah yang berguna untuk digunakan ketika disana, lebih-lebih lagi jika kita masuk ke tandas awam. Tandas awam di sana tidak mempunyai pili air seperti di Malaysia. Mereka hanya ade pili air di sinki. So, sebagai muslim memang agak susah untuk biasakan diri membasuh najis tanpa menggunakan air kan? Jadi, korang belilah siap-siap wet tisu/tisu basah dari Malaysia (Pureen ke, Anakku) selepas membuang hajat. Hahah >< Aku beli wet tisu yang kecil RM1 je letak dalam handbag. Kalau korang nak jugak cuci pakai air, korang boleh guna botol mineral kosong n isi air botol kat sinki tu. Then, bawaklah masuk tandas. Hehe. Cleaner di sini amatlah garang. Once dia nampak kau pegang botol air, lantas dia akan cakap "No water in here!", jadi korang janganlah kantoi macam berlaku kat aku dalam tandas airport hari tu. Hahah.
JALAN RAYA
Di sini ada tips aku nak bagitahu iaitu; kalau kita nak melintas jalan, kita jalan macam biasa. Relax je ok! Sebab penunggang motor dan pemandu kereta tu yang akan cuba menggelak daripada kita. Kita tayang saja muka tak bersalah walaupun kita di hon. Pedulikan! Di Vietnam, kenderaan motor lebih banyak berbanding bas dan kereta. Jalan rayanya teramatlah sibuk dan simpang-siur.
macam inilah keadaan suasana bandar Ho Chi Minh
suasana waktu malam di bandar Ho Chi Minh
HOTEL
Alhamdullilah, kami selamat sampai ke hotel kami iaitu Hotel Than Thu. Staf di reception  hotel ni ada yang nice dan ada yang kurang nice juga. Jangan risau, di hotel ini juga menyediakan penimbang untuk bagasi di lobby.Untuk memastikan berat bagasi korang tak melebihi had KG.

hotel ini kecik je tapi selesa. Alhamdullilah ;)
inilah contoh bilik kami. Aku satu bilik dengan parents while angah pula 1 bilik dengan adik bongsunya. Mak lang dan Ayah lang pulak bilik lain.
Suasana luar depan hotel kami

PERBEZAAN MASA
Usai aje check-in hotel, kami berehat dan solat jamak. Oh ya, perbezaan waktu Ho Chin Minh City di Vietnam dan Malaysia hanya 1 jam sahaja. Contoh= Malaysia (3 ptg), Vietnam plak (2ptg). Sini cepat masuk waktu azan. So kalau dah pukul 5 pagi, di Vietnam dah cerah dh meanwhile, kalau pukul 6 ptg di Vietnam dh gelap. Sejujurnya bila aku di sana aku rasa kan seolah2 hari amat panjang sebab masih tak dapat sesuaikan lagi waktu tempatan di sana. Hahaha. Jangan risau di hotel sana, ada kemudahan free wifi. So boleh la contact dengan orang tersayang di Malaysia dan mencari arah kiblat.
BAHASA
Sewaktu di sana, kami lebih prefer berbahasa Melayu kerana rata-rata penduduk tempatan boleh berbahasa Melayu. Namun, ada segelintir peniaga di sana menggunakan bahasa Inggeris. Buat mereka yang tidak mahir berbahasa Inggeris, cakap saja guna simple English. Aku di sana pun sekejap berbahasa Melayu sekejap berspeaking London walaupun tak mahir. Hahaha. Yang penting perlu confident je.

Selepas solat, kami bertiga makan di dalam bilik hotel Mak Lang sekeluarga di tingkat 6. Makanan di restoren Vietnam tersangatlah mahal. So korang silalah bawak bekalan makanan untuk makan di sini. Mujurlah keluarga Mak Lang aku bawak pek-pek Brahim's Food. Sedap! Oh ya nasi disini tak seperti di Malaysia. Nasi disini lebih sedap berlemak. Boleh di makan nasi putih begitu sahaja. Maka masing-masing dah kekenyangan, kami balik sebentar di bilik kami untuk bersiap-siap untuk memulakan shopping di sekitar disini. Yeay!!!
BECA, PENGILAP KASUT DAN PENGEMIS
Sebelum aku pergi ke sana, aku adalah baca tips-tips keselamatan dari blog-blog orang. Ramai orang mengatakan pabila tiba di sana, berhati-hatilah dengan penarik beca dan pengilap kasut kerana pelancong mudah ditipu oleh mereka. Pada mulanya dikatakan harga lain, tetapi bila sampai ke destinasi..pelancong terpaksa membayar harga yang mencekik darah. Macam tu lah cerita blogger-blogger sana. Wallahualam. Namun, sewaktu kami berada di sana alhamdullilah langsung tidak bertembung dan di kacau oleh 2 golongan tersebut.
-sekadar gambar hiasan-
Selain itu, bercakap tentang pengemis Di sana agak ramailah pengemis. Kadang-kadang hati ini sebak lihat keadaan mereka. Lagi-lagi pada pengemis yang membawa baby, kanak-kanak dan yang cacat. Pernah 1 malam tu sewaktu aku sedang shopping, datang seorang budak lelaki (5tahun kot umurnya) sedang dukung adiknya baby lagi meminta wang kepada aku. Allahu. Aku rasa nak je bagi sedekah. Berkali-kali 2 budak tu mengeliling aku. Aku rasa bersalah juga. Tapi, dek kerana orang cakap jangan percayai pengemis di sini kerana adakala mereka licik. Malah, menggunakan kanak-kanak sebagai pengumpan simpati. Ada orang cakap, once kau beri duit kepada seorang pengemis, maka akan datanglah pengemis lain-lain yang berkumpul depan kau. Malah, akan ikut kau sehinggalah luar hotel. Aku hanya berdoa agar 2 budak tersebut dilindungi selalu.


Kemudian, kami keluar dari hotel untuk start shopping di kawasan depan hotel kami sahaja. Di sana, korang kenalah jaga elok-elok purse, wallet, passport dan handphone tau. Tempat pertama yang kami pergi adalah Pasar Ben Thanh. Kami jalan kaki sahaja dari hotel kami. Hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Dekatkan? Hehehe.Di dalam pasar Ben Thanh ni macam-macam yang dijual. Dari kain baju sehinggalah makanan. Pelbagai pilihan. Hari pertama masuk ke sini hanyalah window shoppping.


Ben Thanh Market
suasana dalam Ben Thanh Market

kain-kain ela 
LEMBUT TAPI TEGAS
Disini aku ada tips berguna. Rata-rata penduduk tempatan akan berbahasa melayu atau inggeris. "what are you looking for?" atau "kakak,abang mari beli". Peniaga wanita lebih berani dan agresif dengan cara akan menarik tangan kita sesuka hati. Mereka tidak kisah untuk bersentuhan lelaki atau perempuan. Once kau ditarik atau disentuh oleh mereka, kau just perlu cakap "No!", "Nevermind!", "Don't touch me!" secara tegas! Pakaian mereka disini agak menjolok mata lah. Panas sebab dalam pasar tu hanya ada kipas sahaja. Tidak beraircond.
**(jangan letak duit di setempat. Sila asingkan duit anda)
cenderahati dari Vietnam :)

rambang mata untuk memilih di salah satu kedai dalam Ben Thanh Market
TAWAR-MENAWAR
Korang boleh tawar-menawar di sini. Tetapi berhati-hati ketika di sana kerana sesetengah peniaga gerai licik! Once kau dah tawar-menawar, tetapi kau degil tak nak beli sesuatu barang tu peniaga  disana akan bertekak-tekak dengan kita! Kadang-kadang sampai mencarut dalam bahasa mereka sendiri. Hati kena kebal!

Sebenarnya, di luar kawasan pasar Ben Thanh banyak juga jual kain-kain ela, t-shirt, jubah yang murah-murah. Kita yang perlu bijak untuk mencari dan  tawar-menawar. Malam menjelang tiba, usai makan malam di dalam bilik hotel (bawa bekal dari Malaysia. Jimat), kami pergi  pula pasar malam Ben Thanh. Lokasinya di luar kawasan Ben Thanh Market tadi.Kawasan itu terlalu ramai pelancong dan kenderaan bermotor.

Ben Thanh Night Market
rambang mata untuk memilih di pasar malam Ben Thanh ;)
Di sini, korang haruslah jaga-jaga dengan peniaga (suka tarik-tarik tangan kita) dan kenderaan bermotor. Ada sesetengah gerai yang menjual barang mahal, ada yang menjual murah. Ikut nasib koranglah. Bukan sahaja pakaian yang dijual di pasar malam, malah disini turut ada gerai makanan, perkakasan elektrik dan banyak lagi.

Malah disini, ada berlaku insiden kami hampir bertekak dengan peniaga kerana peniaga tersebut menjual seluar yang teramat mahal walaupun sudah tawar-menawar. Puas bertekak, kami gigih mencari di gerai lain yang menjual seluar yang sama dengan harga murah. Fuhhh...lega. Jimat duit.Alhamdullilah. Penat bershopping, maka kami pun berehatlah dan tidur di hotel.Tamatlah hari pertama. :)

Okay sambung ke part 2 nanti ya..bye

Monday, 21 April 2014

Holidays with family

Assalamuilaikum semua..heheh. Maaflah dah berbulan2 menghilangkan diri seketika.hehehe. Dah berhabuk blog ni.penuh dgn cik ti or cik bah (tikus n labah2) haxhax.whateverlah

Kali ni aku wat entry psal percutian pula.baru baru ni aku n family terchenta pergi bercuti di bandar warisan dunia yg tlah di iktiraf oleh UNESCO. Agak2 korang dimana ye? heheh
cubalah teka ...

Kami bertolak hari khamis pg.Sampai sana lebeh kureng kol 2.30 tgh hari..tapi kami x d benarkan lagi check in hotel lg sbb check-in hotel pkul 3.so kami semua duk rehat2kan badan d bhagian reception la..Kami bermalam d hotel Seri Malaysia selama 3 hari 2malam aje,hehe. Apa yg boleh aku katakan..hotelnya memang besar n selesa. Kami reserve dua bilik family.Ylah aade abang aku katakan...tak kan dia nk sbilik ngan anak dara mcm kita org ni. Kesian dia..ank laki tunggal. Ops sorry,my oppa!

Usai  check-in bilik hotel,kami mulakan percutian di Taman Mini Malaysia. dekat aje dari hotel. Ambek masa lebeh kurang 5minit aje beb! Harga tiket?? dont ask me.sbb kakak aku g byar kat kaunter tiket.Masuk aje dgn lafaz bismillah aku terpegun tgk replika umah2 d situ.

Cantik.Tradisional. truly Malaysian gitu. Kami masuk rumah Perlis dulu..kemudian kedah,penang smpailah rumah panjang Srawak. Malangnya rumah Sabah kami tak dapat masuk sbb ape ntah.maybe ade kayu pijak or lantai yg udah patah! Waallahualam.

Di rumah Melaka plak, kami x dpt nk masuk jugak.huhu boleh aje masuk sebenarnya.. :) my parents aje yg masuk... Sbenarnya rumah melaka tu RTM tgh buat shooting drama.semua krew produksi wktu tu tgh rehat.para plakon ade dlm alphard hitam..org ckp para plakonnya ialah Awie n Beto Khusyairi. aku x kisah pon.lantaklah.. Selama 2 jam kami berada dlm taman mini tu,then kami pergi plak Menara Taming Sari..kami g wktu malam so nmpk lampu2 aje lah dri tingkat ats.huhu Pastu kami g naik river cruise.Naik bot slma 45minit.lama jugaklah kan.haha..Suasana dlm bot punya padat.sesak nafas aku dbuatnya.Duduk berhempitt2..Aigo aigo Cantik2 aje suasana malam spanjang menyusuri sungai tu.Angin plak sepoi2 bahasa...Malam pekat tanpa bintang d kaki langkit sbb hujan rintik2 haha.

Stlah penat seharian x henti berjalan,kami singgah makan kat sbuah foodcourt ni.Sedap masakannha..Tapi mahal la harga2 makanan kat Melaka ni.So korang kenalah sediakan bajet yg seckupnya klau nk bercuti.dsni ye. Malam pertama d hotel,semua keletihan..lenguh2 satu badan.pening kpla gara2 ujan dsana. .so apa lg tdorlah kami semua..

 The Second days,kami g Bird Park. Wktu kami pergi,tiada plancong lain.haha.tu yg best tu bila cuti ari weekdays. malah harga tiketpon akan kureng n murah berbanding weekends. Masuk je sarang diaorg...Besar beb sarang diaorg.rasa mcm msuk Jurassic Park plak.haha..Mcam2 burung ade..Parrot ade..burung warna warni pon ade.Malah, Merak pon ade.. Siap ade air terjun lgi..cantiklah suasananya.. Next destinationya : Planetrium. Kami pilih indoor activity sbb hujan lebat dluar...jd pilih tmpt yg tertutup. Suasana ala planetrium kat KL tu.Ehh Planetrium ke? lantaklah ejaan camna..haha Macam2 info tentang sains aku dpt. Tentang galaksi,tentang bumi,bintang n lain2 la. hahah..

Seterusnya,kami pergi masuk muzium kapal besar tu.Muzium Armada 1n 2.Ramai pelacong wktu tu..crowded..n terjumpa kembar Mareen ( kawan Jermany kami) ..muka n bdn ade iras2 skit.. Puas mlawat,kamu g menaiki tmpt yg pling wjib bg sesapa yg dtg lat Melaka ni.. Apa lagi..klau bukan.... Kota A Famosa.Perghh seksa kami mendaki bukit n tangga. Kami sekadar berehat n tgk aje kota tu tp x masuk.n beli skit cenderamata kat ctu. Ckuplah smpai ctu aje aku berkongsi crita ye.hehe.moga berjumpa lg..Miss you soon.haha. Assalamuilaikum (^_^) p/s: Percutian Paling Banyak Membakar Lemak!! hahah... Daebakk