Thursday, 28 April 2016

Pengalaman Aku & Tips Ke Vietnam (Last Part)

Hai semua. Assalamualaikum. Aku teruskan bercerita tentang kisah percutian kali ini di Ho Chi Minh, Vietnam ye. Harap-harap enjoy.

HARI KEDUA DI VIETNAM
Subuh di sini awal maka pagi di sini cepat cerah. Pukul 6 pagi sahaja, sudah cerah. Kalau Di Malaysia, gelap lagi kan? :) Okay kami memulakan hari kedua dengan bersarapan di sebuah kedai berhadapan hotel kami sahaja iaitu Kedai Makan Hajah Basiroh. Sebenarnya, di sini mudah saja untuk mencari makanan yang halal :
tu dia kedai makan breakfast kami. Sederet kedai situ, banyak lagi restaurant halal. So jangan risau ye.
Menu di sini sama sahaja dengan menu breakfast di Malaysia. Ada roti canai (frozen n kecik je), bihun goreng, mee goreng, nasi lemak. Korang pilih aje makanan yang korang nak makan. Sebelum shopping, kenalah cas tenaga dulu kan. Hahaha. Tapi makanan Malaysia disini sangatlah mahal. So korang haruslah pandai berjimat-cermat dan seelok-eloknya bawak lah bekal makanan dari Malaysia (Meggi, Milo, Serunding, Brahim's Food).

Aku dan 2 orang sepupu

aku order nasi lemak dan milo ais. Depan aku tu, roti canai sepupu aku punya. kecik je kan?
tapi rasa nasi lemak lain sikit dari Malaysia punya (pendapat aku lah)
yang ini makanan Vietnam yang ayah aku cuba. Pedas tapi sedap! :)
Nama: Pho Bo (macam mee sup bebola daging la)
Puas bersarapan, kami memulakan shopping lagi. Selain masuk Ben Thant Market pada pagi itu, kami turut masuk satu persatu kedai lain dibarisan hotel kami di situ. Lenguh juga lah kaki aku berjalan ke sana-sini temankan mereka. Sebenarnya banyak kedai yang kami masuk, cuma hanya beberapa gambar yang sempat aku tangkap sewaktu mereka sedang shopping.

kedai ini berada ditingkat atas. Geng perempuan sibuk memilih baju,tudung Naelofar, telekung dan lain-lain sementara geng lelaki (ayah n ayah lang aku) pergi minum
Saigon Square
Seterusnya, kami turut menuju ke Saigon Square (lebih kurang sama aje dengan Ben Thanh Market). Cuma bezanya Saigon Square ini ialah tempat tersebut sejuk kerana ada aircond.
suasana dalam Saigon Square
Disini aku dan mak pergi sebuah kedai yang menjual baju kanak-kanak. Malangnya, kedai kami berdua pergi tu peniaganya tidak tahu berbahasa Melayu. Maka, aku menjadi jurubahasa kepada emak aku. Aku guna simple English. Meskipun aku berbahasa Inggeris, namun peniaga kedai tersebut seperti tidak fasih dan mengerti apa yang aku cakap. Malah,ketika aku minta saiz baju budak untuk 5 tahun, si perempuan (peniaga) itu bukan menyoal anggaran umur tetapi menyoal aku tentang anggaran berat si budak 5 tahun. Aku agak hairanlah -___- Aku rasa mungkin disini, cara nak cari saiz baju budak-budak mungkin mengikut berat bukan umur. #BersangkaBaik. Hahaha. Malah, insiden tersebut hampir membuatkan kami bertekak juga sebab orang-orang di sana agak kasar. Akhirnya, mujur ada angah datang menolong kami berdua dan kami berjaya membeli baju untuk Triple A.

Sedang asyik bershopping, tekak mula dahaga. Maka, ayah aku segera membeli air kopi Vietnam. Orang cakap, kalau pergi Vietnam tak minum kopi Vietnam tersangatlah rugi. Order 5 cawan kopi susu. Ya Allah lazatnya. Rasanya seperti Latte. Oh ya, penjual kopi di sini menggunakan motor. Kopi tersebut dijamin halal dan berharga RM3 je.
Rata-rata penjual kopi menjual kopi menggunakan motorsikal
ini Milk Coffee aku punya. Sedap!
Kami meneruskan shopping kami disebuah kedai kain. Sewaktu berada di kedai kain, kami dilayan ramah oleh seorang peniaga lelaki muda. Rupa-rupanya, peniaga lelaki muda tersebut adalah penduduk tempatan Vietnam dan merupakan pelajar UIA di Gombak, Malaysia (sambil tunjuk kad pelajarnya sebagai bukti). Dia hanya tolong berniaga kedai kain kakaknya sementara dia sedang cuti. 

Angah dan  Mak Lang leka memilih sutera Vietnam
Pukul 6 petang, bandar Ho Chi Minh  dah mula gelap. Perut kami semua dah keroncong lapar. Hahah. So kami decided nak makan malam terus sebelum balik ke hotel. Dinner kali ini kami memilih restaurant Mu Sa Kariem. Dekat je dari hotel kami. Sebaris dengan kedai makan Hajah Basiroh tadi. Rata-rata restaurant di sini ada aircond untuk keselesaan pelanggan. Malah, turut ada free wifi.

Tu lah restaurant yg kami dinner. Siap ada lambang 1 Malaysia. Hehe
sepupu ku khusyuk menikmati makanan. macam ini reka bentuk dalam kedai makan Mu Sa Kariem

aku menikmati nasi goreng seafood manakala sepupuku menikmati nasi goreng nenas
Perut sudah kenyang, maka pulang ke hotel. Usai solat, aku dan parents sibuk mengemas bagasi masing-masing di dalam bilik hotel kami. So total beg (campur beg aku dan parents) = 5 Beg. Banyakkan? pergi 2 beg sahaja. balik 5 beg terus. Hahaha.  1 beg sandang dan 4 bagasi kecil-kecil je.

HARI KE-3(AKHIR) DI VIETNAM
Pada pukul 7 pagi, aku dan parents pergi breakfast di bilik hotel Mak Lang dan Ayah Lang di tingkat atas. Brahim's food menjadi juadah kami :) Usai breakfast, kami berehat semula di bilik hotel masing-masing. Masih ada 3-4 jam lagi sebelum ke AirportSementara menunggu pukul 10 pagi, aku mengajak emak aku pergi shopping saat-saat terakhir. Aku, mak bershopping bersama angah dan ati di kedai tudung depan hotel kami. Dekat je. Di situ kami beli banyak tudung sarung 2 faces jenama Naelofar Hijab.
kedai Nhu Y. Kami beli banyak tudung Naelofar Hijab :)

ini tudung Naelofar Hijab yang aku beli :) 2 faces.sarung je
Puas bershopping, kami pulang semula ke hotel untuk kemas beg kali terakhir sebelum timbang di penimbang yang berada di lobby hotel. Mula-mula memang terlebih had KG la, macam-macam masalah. Namun, Alhamdullilah dapat selesaikan semua dan berat 5 beg kami ngam-ngam. Heheh.

Lupa plak nak bagitahu, korang boleh mintak pekerja hotel tu tolong balutkan bagasi korang (especially untuk diletak di bahagian kargo) Rasa selamat sikit. Cas dikenakan hanya RM 10 je setiap 1 beg. Bagasi kami yang dibalut hanya 2 je kerana selebihnya kami angkut di dalam pesawat.

Kami check-out dari hotel pukul 10 pagi. Kami menaiki teksi Vinasun ke airport. Sepanjang perjalanan ke airport, jalan raya seperti biasa terlalu padat dengan motor. Kadang-kadang risau je terlanggar.


selamat tiba airport :) 
Airport di Saigon ni kecil je, tak sebesar di KLIA2. Kami semua bertujuh lekas ke balai berlepas dan ke kaunter check-in bagasi.

Belakang tu kaunter check-in bagasi (20KG). Kat troli tu pula bagasi yang dibawak naik atas pesawat
Usai urusan check-in bagasi, kami pergi ke bahagian imegresen pula. Di bahagian sini, handphone, tali pinggang, dompet, handbeg dan lain-lain perlu dikeluarkan then di letakkan di sebuah bakul khas untuk di scan mesin pihak imgresen Vietnam. Usai di scan, kami terus ke bahagian mengecop passport. Macam biasalah. Kami bertujuh selamat melepasi tahap tersebut. Sebab sebelum ini selalu baca blog/pengalaman orang  lain, bahagian imegresen Vietnam tersangatlah ketat dan sukar melepasi. Alhamdullilah Allah permudahkan perjalanan kami :)

Ruang menunggu kami di no.20 tetapi terpaksa ditukar saat-saat akhir kerana ada sedikit masalah pesawat lain di situ. Agak jauh lah untuk berjalan dari ruang no. 20 ke ruang no.17.


tak sabar nak balik Malaysia. yeay!!!
Akhirnya final call dah memanggil kami untuk memasuki pesawat Air Asia. Kami segeralah menuju ke tempat duduk masing-masing. Doa memulakan perjalanan dibaca. Maka, berlepaslah kami dari Bandar Ho Chin Minh.  Selamat Tinggal! We gonna miss 'you' hahaha.

finally, we fly  back to Malaysia
Sebenarnya banyak lagi cerita yang ingin dikongsikan namun cukuplah sampai disini sahaja. Aku nasihatkan korang pergilah travel ke negara lain supaya korang dapat buka mata lihat kehidupan penduduk lain. Jauh perjalanan, luas permandangan :). Percutian aku amatlah pendek selama 3 hari 2 malam sahaja. Jadi, kami tidak sempat melancong kawasan menarik ketika di sana. Huhuh. Sedih juga lah sebenarnya. Namun jauh di sudut hati, aku bersyukur kerana masih diberi rezeki melawati negara orang.

Sebelum travel, sila pastikan passport masih ‘bernyawa’, mempunyai bajet percutian yang  cukup dan sila kuatan mental dan fizikal ya. 

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekelip mata. Macam kejadian sehari sebelum aku pergi travel ke Vietnam, berita di radio dan kaca televisyen menyatakan sebuah pesawat FLYDUBAI terhempas dan semua penumpang mati! Waktu tu, hanya Allah saja yang tahu perasaan kami seketika itu. Kejadian itu berlaku kurang dari 24 jam sebelum penerbangan kami bermula. Namun, kami positifkan diri. Alhamdullilah semua berjalan lancar.

p/s: Travel kali ini merupakan pengalaman pertama aku ke luar negara.

No comments:

Post a Comment