Assalamualaikum. Okay hari ini aku nak
bercerita tips dan pengalaman aku sendiri ke negara orang iaitu Vietnam. Aku
pergi bersama parents dan sebuah keluarga Mak lang aku selama 3 hari 2 malam sahaja. Sebenarnya, rancangan
ke Vietnam sudah lama. Heheh. Kita mampu merancang, Allah yang tentukan. So,
Alhamdullilah tarikh 20.3.2016 kami fly to Ho Chi Minh City,Vietnam. Waktu penerbangan keluarga aku berbeza dengan flight keluarga
Mak lang aku. Mak Lang aku pergi dulu ke Ho Chi Minh City pada pukul 8 pagi camtu.
Kemudian, barulah giliran aku, parents dan angah (anak Mak Lang aku a.k.a my
cousin) menaiki pesawat Air Asia pukul 12.30 tgh hari. Total kos = RM800 lebih camtulah pergi-balik include skali makan dlm pesawat (kami tempah tiket murah
awal-awal). Murahkan? hahha. Perjalanan dari Malaysia ke Vietnam mengambil masa
lebih kurang 2 jam sahaja.
![]() |
Ini pesawat kami :) |
Sewaktu di awan biru,
pramugara kacak menghidangkan kami menu Nasi Lemak Pak Nasser yang tersangat
sedap! Superb! (kos makanan ni dah termasuk dengan harga tiket swktu pembelian
online hari itu). Aromanya menusuk seluruh kapal terbang. Hahah. So, we enjoyed
our meals sambil menikmati alam ciptaan Allah yang sungguh indah di bawah sana.
![]() |
Nasi Lemak Pak Nassir |
suasana di atas awan biru. Subhanallah. Cantik yg amat
|
![]() |
Selfie bersama parents di dalam pesawat Air Asia :) |
![]() |
kawasan kapal terbang mendarat |
![]() |
camni kawasan airport tersebut (sumber; google) |
Selesai segala urusan
passport, kami terus ke kaunter teksi untuk pergi ke hotel. Angah yang menjadi
pemandu pelancong kami sepanjang kami berada di sana. Kami pergi tanpa sebarang travel agency. Memang agak mencabar juga tapi Alhamdullilah Allah permudahkan segalanya ;)
Sebaik sahaja kami
keluar dari balai ketibaan, kami disambut orang-orang Vietnam bersama banner mereka. Barangkali mereka menunggu pelanggan juga. Dah rasa macam artis plak!
huahua >< Akhirnya, angah berjaya mencari teksi . Pada mulanya, sewaktu
kami menaiki teksi tersebut tersangat lah janggal kerana stereng kereta di
belah kiri. Kekok sesangat walaupun bukan kita sendiri yang bawak. Jalan raya
di sana terlalu banyak motor. Malah, bunyi hon sudah menjadi kebiasaan halwa
telinga penduduk di sana. Antara teksi yang orang syorkan jika ke mari adalah Vinasun dan Mailinh.
![]() |
ini jenama teksi yang kami naik |
BEG
Aku nak bagitahu kalau
kau nak pergi travel ke Ho Chi Minh City, seelok-eloknya kau pakailah beg sandang. Hehehe. Pengalaman ini berlaku sendiri pada aku dan parents. Kami
bawa 2 bagasi yang agak besar dan berat. Mujur, keluarga saudara yang lebih
arif memberitahu kami bahawa beg kami tidak boleh melebih 7kg (dibawa masuk
Flight). Kami ingatkan bagasi kami perlu tak lebih 20kg(check-in beg).
So,
malam sehari sebelum ke Ho Chi Minh City, kami bertiga tukar beg yang lebih kecil.
Parents aku share beg. Aku beg sendiri. Hahah. Kau perlu bawa pakaian yang
penting sahaja. Selepas kemas maka, sesi menimbang beg dimulakan di ruang tamu
rumah saudara. Alhamdullilah, beg aku hanya 6 kg manakala beg parents aku
ngam-ngam 7kg camtu lah. Waktu pergi ke Vietnam, tak perlu tempah beg kargo.
Waktu balik ke Malaysia, barulah boleh tempah untuk beg kargo (check-in).
Di
Ho Chi Minh City, kau boleh beli beg-beg yang
dijual. Macam-macam jenama dan jenis ada. Malah, jika pandai mencari dan tawar-menawar,
kita dapat beli beg yang murah. So, aku dan mak berjaya beli dan rembat 1 beg sandang dan 2 lagi beg bagasi (kecil) untuk memudahkan isi
barang-barang shopping kelak.
![]() |
beg sandang |
TUKAR
DUIT
Aku dan parents dah
tukar awal-awal duit di Malaysia. Senang. Kalau
tak sempat pun tak apa, sebab immediately lepas
kaunter imigresen aje kat airport HCM tu, terus ada kaunter Currency Exchange
dan kaunter teksi, sebelah-menyebelah aje. Boleh tukar. Korang boleh tukar duit
Malaysia kepada Vietnam Dong (VND) atau USD Dollar. Di Vietnam, orang yang
berpengalaman menasihatkan lebih baik menggunakan USD Dollar atau RM je walaupun mereka masih menerima pembelian dalam Vietnam Dong (VND). Tapi
aku dan family lebih prefer menggunakan RM dan Dollar sebab senang nak kira. Hahaha.
Vietnam Dong (VND) terlalu besar nilai kosong-kosong di belakang. Boleh jadi
jutawan dah >< hihihi
UNIVERSAL
TRAVEL ADAPTER
Korang kena bawak
universal plug ke Vietnam kerana plug di Vietnam berbeza dengan Malaysia tau.
Universal Travel Adapter tu aku beli di Tesco sahaja. Harga RM 22 sahaja. Mujur
tidak terbeli sebuah Universal Travel Adapter lain yang untuk negara Eropah punya yang berharga RM77.
Alhamdullilah. So, cucuk je untuk cas handphone, powerbank,kamera dan sebagainya kat hotel sana nanti.
ini plug di Vietnam.(sumber:google) |
WET TISU
What?!! Wet Tisu?! Benda ini memang nampak remeh kan? Walhal benda ini lah yang berguna untuk digunakan ketika disana, lebih-lebih lagi jika kita masuk ke tandas awam. Tandas awam di sana tidak mempunyai pili air seperti di Malaysia. Mereka hanya ade pili air di sinki. So, sebagai muslim memang agak susah untuk biasakan diri membasuh najis tanpa menggunakan air kan? Jadi, korang belilah siap-siap wet tisu/tisu basah dari Malaysia (Pureen ke, Anakku) selepas membuang hajat. Hahah >< Aku beli wet tisu yang kecil RM1 je letak dalam handbag. Kalau korang nak jugak cuci pakai air, korang boleh guna botol mineral kosong n isi air botol kat sinki tu. Then, bawaklah masuk tandas. Hehe. Cleaner di sini amatlah garang. Once dia nampak kau pegang botol air, lantas dia akan cakap "No water in here!", jadi korang janganlah kantoi macam berlaku kat aku dalam tandas airport hari tu. Hahah.
JALAN RAYA
Di sini ada tips aku nak bagitahu iaitu; kalau kita nak melintas jalan, kita jalan macam biasa. Relax je ok! Sebab penunggang motor dan pemandu kereta tu yang akan cuba menggelak daripada kita. Kita tayang saja muka tak bersalah walaupun kita di hon. Pedulikan! Di Vietnam, kenderaan motor lebih banyak berbanding bas dan kereta. Jalan rayanya teramatlah sibuk dan simpang-siur.
![]() |
macam inilah keadaan suasana bandar Ho Chi Minh |
![]() |
suasana waktu malam di bandar Ho Chi Minh |
![]() | ||
hotel ini kecik je tapi selesa. Alhamdullilah ;)
|
PERBEZAAN MASA
Usai aje check-in hotel, kami berehat dan solat jamak. Oh ya, perbezaan waktu Ho Chin Minh City di Vietnam dan Malaysia hanya 1 jam sahaja. Contoh= Malaysia (3 ptg), Vietnam plak (2ptg). Sini cepat masuk waktu azan. So kalau dah pukul 5 pagi, di Vietnam dah cerah dh meanwhile, kalau pukul 6 ptg di Vietnam dh gelap. Sejujurnya bila aku di sana aku rasa kan seolah2 hari amat panjang sebab masih tak dapat sesuaikan lagi waktu tempatan di sana. Hahaha. Jangan risau di hotel sana, ada kemudahan free wifi. So boleh la contact dengan orang tersayang di Malaysia dan mencari arah kiblat.
BAHASA
Sewaktu di sana, kami lebih prefer berbahasa Melayu kerana rata-rata penduduk tempatan boleh berbahasa Melayu. Namun, ada segelintir peniaga di sana menggunakan bahasa Inggeris. Buat mereka yang tidak mahir berbahasa Inggeris, cakap saja guna simple English. Aku di sana pun sekejap berbahasa Melayu sekejap berspeaking London walaupun tak mahir. Hahaha. Yang penting perlu confident je.
Selepas solat, kami bertiga makan di dalam bilik hotel Mak Lang sekeluarga di tingkat 6. Makanan di restoren Vietnam tersangatlah mahal. So korang silalah bawak bekalan makanan untuk makan di sini. Mujurlah keluarga Mak Lang aku bawak pek-pek Brahim's Food. Sedap! Oh ya nasi disini tak seperti di Malaysia. Nasi disini lebih sedap berlemak. Boleh di makan nasi putih begitu sahaja. Maka masing-masing dah kekenyangan, kami balik sebentar di bilik kami untuk bersiap-siap untuk memulakan shopping di sekitar disini. Yeay!!!
BECA, PENGILAP KASUT DAN PENGEMIS
Sebelum aku pergi ke sana, aku adalah baca tips-tips keselamatan dari blog-blog orang. Ramai orang mengatakan pabila tiba di sana, berhati-hatilah dengan penarik beca dan pengilap kasut kerana pelancong mudah ditipu oleh mereka. Pada mulanya dikatakan harga lain, tetapi bila sampai ke destinasi..pelancong terpaksa membayar harga yang mencekik darah. Macam tu lah cerita blogger-blogger sana. Wallahualam. Namun, sewaktu kami berada di sana alhamdullilah langsung tidak bertembung dan di kacau oleh 2 golongan tersebut.
![]() |
-sekadar gambar hiasan- |
Selain itu, bercakap tentang pengemis Di sana agak ramailah pengemis. Kadang-kadang hati ini sebak lihat keadaan mereka. Lagi-lagi pada pengemis yang membawa baby, kanak-kanak dan yang cacat. Pernah 1 malam tu sewaktu aku sedang shopping, datang seorang budak lelaki (5tahun kot umurnya) sedang dukung adiknya baby lagi meminta wang kepada aku. Allahu. Aku rasa nak je bagi sedekah. Berkali-kali 2 budak tu mengeliling aku. Aku rasa bersalah juga. Tapi, dek kerana orang cakap jangan percayai pengemis di sini kerana adakala mereka licik. Malah, menggunakan kanak-kanak sebagai pengumpan simpati. Ada orang cakap, once kau beri duit kepada seorang pengemis, maka akan datanglah pengemis lain-lain yang berkumpul depan kau. Malah, akan ikut kau sehinggalah luar hotel. Aku hanya berdoa agar 2 budak tersebut dilindungi selalu.
Kemudian, kami keluar dari hotel
untuk start shopping di kawasan depan hotel kami sahaja. Di sana, korang
kenalah jaga elok-elok purse, wallet, passport dan handphone tau. Tempat
pertama yang kami pergi adalah Pasar Ben Thanh. Kami jalan kaki sahaja dari
hotel kami. Hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Dekatkan? Hehehe. Di dalam pasar Ben
Thanh ni macam-macam yang dijual. Dari kain baju sehinggalah makanan. Pelbagai
pilihan. Hari pertama masuk ke sini hanyalah window shoppping.
Ben Thanh Market
|
![]() |
suasana dalam Ben Thanh Market |
kain-kain ela |
Disini aku ada tips
berguna. Rata-rata penduduk tempatan akan berbahasa melayu atau inggeris.
"what are you looking for?" atau "kakak,abang mari beli".
Peniaga wanita lebih berani dan agresif dengan cara akan menarik tangan kita
sesuka hati. Mereka tidak kisah untuk bersentuhan lelaki atau perempuan. Once
kau ditarik atau disentuh oleh mereka, kau just perlu cakap "No!",
"Nevermind!", "Don't touch me!" secara tegas! Pakaian
mereka disini agak menjolok mata lah. Panas sebab dalam pasar tu hanya ada
kipas sahaja. Tidak beraircond.
**(jangan letak duit di
setempat. Sila asingkan duit anda)
![]() |
cenderahati dari Vietnam :) |
rambang mata untuk memilih di salah satu kedai dalam Ben Thanh Market
|
TAWAR-MENAWAR
Korang boleh
tawar-menawar di sini. Tetapi berhati-hati ketika di sana kerana sesetengah
peniaga gerai licik! Once kau dah tawar-menawar, tetapi kau degil tak nak beli
sesuatu barang tu peniaga disana akan bertekak-tekak dengan kita!
Kadang-kadang sampai mencarut dalam bahasa mereka sendiri. Hati kena kebal!
Sebenarnya, di luar
kawasan pasar Ben Thanh banyak juga jual kain-kain ela, t-shirt, jubah yang
murah-murah. Kita yang perlu bijak untuk mencari dan tawar-menawar. Malam menjelang tiba,
usai makan malam di dalam bilik hotel (bawa bekal dari Malaysia. Jimat), kami
pergi pula pasar malam Ben Thanh.
Lokasinya di luar kawasan Ben Thanh Market tadi.Kawasan itu terlalu ramai
pelancong dan kenderaan bermotor.
Ben Thanh Night Market
|
![]() |
rambang mata untuk memilih di pasar malam Ben Thanh ;) |
Malah disini, ada
berlaku insiden kami hampir bertekak dengan peniaga kerana peniaga tersebut
menjual seluar yang teramat mahal walaupun sudah tawar-menawar. Puas bertekak,
kami gigih mencari di gerai lain yang menjual seluar yang sama dengan harga
murah. Fuhhh...lega. Jimat duit.Alhamdullilah. Penat bershopping, maka kami pun
berehatlah dan tidur di hotel.Tamatlah hari pertama. :)
Okay sambung ke part 2 nanti ya..bye
No comments:
Post a Comment