Hai
semua. Assalamualaikum. Aku teruskan bercerita tentang kisah percutian kali ini
di Ho Chi Minh, Vietnam ye. Harap-harap enjoy.
HARI KEDUA DI VIETNAM
Subuh
di sini awal maka pagi di sini cepat cerah. Pukul 6 pagi sahaja, sudah cerah.
Kalau Di Malaysia, gelap lagi kan? :) Okay kami memulakan hari kedua dengan
bersarapan di sebuah kedai berhadapan hotel kami sahaja iaitu Kedai Makan Hajah
Basiroh. Sebenarnya, di sini mudah saja untuk mencari makanan yang halal :
![]() |
tu dia kedai makan breakfast kami. Sederet kedai situ, banyak lagi restaurant halal. So jangan risau ye.
|
Menu
di sini sama sahaja dengan menu breakfast di Malaysia. Ada roti canai (frozen n
kecik je), bihun goreng, mee goreng, nasi lemak. Korang pilih aje makanan yang
korang nak makan. Sebelum shopping, kenalah cas tenaga dulu kan. Hahaha. Tapi
makanan Malaysia disini sangatlah mahal. So korang haruslah pandai
berjimat-cermat dan seelok-eloknya bawak lah bekal makanan dari Malaysia
(Meggi, Milo, Serunding, Brahim's Food).
Aku dan 2 orang sepupu
|
aku order nasi lemak dan milo ais. Depan aku tu, roti canai sepupu aku punya. kecik je kan?
tapi rasa nasi lemak lain sikit dari Malaysia punya (pendapat aku lah)
Puas
bersarapan, kami memulakan shopping lagi. Selain masuk Ben Thant Market pada
pagi itu, kami turut masuk satu persatu kedai lain dibarisan hotel kami di
situ. Lenguh juga lah kaki aku berjalan ke sana-sini temankan mereka.
Sebenarnya banyak kedai yang kami masuk, cuma hanya beberapa gambar yang sempat
aku tangkap sewaktu mereka sedang shopping.
kedai ini berada ditingkat atas. Geng perempuan sibuk memilih baju,tudung Naelofar, telekung dan lain-lain sementara geng lelaki (ayah n ayah lang aku) pergi minum
|
![]() |
Saigon Square |
Seterusnya, kami turut menuju ke Saigon Square
(lebih kurang sama aje dengan Ben Thanh Market). Cuma bezanya Saigon Square ini
ialah tempat tersebut sejuk kerana ada aircond.
![]() |
suasana dalam Saigon Square |
Disini
aku dan mak pergi sebuah kedai yang menjual baju kanak-kanak. Malangnya, kedai
kami berdua pergi tu peniaganya tidak tahu berbahasa Melayu. Maka, aku menjadi
jurubahasa kepada emak aku. Aku guna simple English. Meskipun aku berbahasa
Inggeris, namun peniaga kedai tersebut seperti tidak fasih dan mengerti apa
yang aku cakap. Malah,ketika aku minta saiz baju budak untuk 5 tahun, si
perempuan (peniaga) itu bukan menyoal anggaran umur tetapi menyoal aku tentang
anggaran berat si budak 5 tahun. Aku agak hairanlah -___- Aku rasa mungkin
disini, cara nak cari saiz baju budak-budak mungkin mengikut berat bukan umur.
#BersangkaBaik. Hahaha. Malah, insiden tersebut hampir membuatkan kami bertekak
juga sebab orang-orang di sana agak kasar. Akhirnya, mujur ada angah datang
menolong kami berdua dan kami berjaya membeli baju untuk Triple A.
Sedang
asyik bershopping, tekak mula dahaga. Maka, ayah aku segera membeli air kopi
Vietnam. Orang cakap, kalau pergi Vietnam tak minum kopi Vietnam tersangatlah
rugi. Order 5 cawan kopi susu. Ya Allah lazatnya. Rasanya seperti
Latte. Oh ya, penjual kopi di sini menggunakan motor. Kopi tersebut dijamin
halal dan berharga RM3 je.
![]() |
Rata-rata penjual kopi menjual kopi menggunakan motorsikal |
![]() |
ini Milk Coffee aku punya. Sedap! |
Kami meneruskan shopping kami disebuah kedai
kain. Sewaktu berada di kedai kain, kami dilayan ramah oleh seorang peniaga
lelaki muda. Rupa-rupanya, peniaga lelaki muda tersebut adalah penduduk
tempatan Vietnam dan merupakan pelajar UIA di Gombak, Malaysia (sambil tunjuk
kad pelajarnya sebagai bukti). Dia hanya tolong berniaga kedai kain kakaknya
sementara dia sedang cuti.
![]() |
Angah dan Mak Lang leka memilih sutera Vietnam |
Pukul
6 petang, bandar Ho Chi Minh dah mula gelap. Perut kami semua dah keroncong lapar. Hahah.
So kami decided nak makan malam terus sebelum balik ke hotel. Dinner kali ini
kami memilih restaurant Mu Sa Kariem. Dekat je dari hotel kami. Sebaris dengan
kedai makan Hajah Basiroh tadi. Rata-rata restaurant di sini ada aircond untuk
keselesaan pelanggan. Malah, turut ada free wifi.
![]() |
Tu lah restaurant yg kami dinner. Siap ada lambang 1 Malaysia. Hehe |
![]() |
sepupu ku khusyuk menikmati makanan. macam ini reka bentuk dalam kedai makan Mu Sa Kariem |
aku menikmati nasi goreng seafood manakala sepupuku menikmati nasi goreng nenas
|
Perut
sudah kenyang, maka pulang ke hotel. Usai solat, aku dan parents sibuk mengemas
bagasi masing-masing di dalam bilik hotel kami. So total beg (campur beg aku
dan parents) = 5 Beg. Banyakkan? pergi 2 beg sahaja. balik 5 beg terus.
Hahaha. 1 beg sandang dan 4 bagasi
kecil-kecil je.
HARI KE-3(AKHIR) DI VIETNAM
Pada
pukul 7 pagi, aku dan parents pergi breakfast di bilik hotel Mak Lang dan Ayah Lang di tingkat atas. Brahim's food menjadi juadah kami :) Usai breakfast, kami
berehat semula di bilik hotel masing-masing. Masih ada 3-4 jam lagi sebelum ke
Airport. Sementara
menunggu pukul 10 pagi, aku mengajak emak aku pergi shopping saat-saat
terakhir. Aku, mak bershopping bersama angah dan ati di kedai tudung depan
hotel kami. Dekat je. Di situ kami beli banyak tudung sarung 2 faces jenama
Naelofar Hijab.
![]() |
kedai Nhu Y. Kami beli banyak tudung Naelofar Hijab :) |
ini tudung Naelofar Hijab yang aku beli :) 2 faces.sarung je
|
Puas
bershopping, kami pulang semula ke hotel untuk kemas beg kali terakhir sebelum
timbang di penimbang yang berada di lobby
hotel. Mula-mula memang terlebih had KG la, macam-macam masalah. Namun,
Alhamdullilah dapat selesaikan semua dan berat 5 beg kami ngam-ngam. Heheh.
Lupa
plak nak bagitahu, korang boleh mintak pekerja hotel tu tolong balutkan bagasi
korang (especially untuk diletak di
bahagian kargo) Rasa selamat sikit. Cas dikenakan hanya RM 10 je setiap 1 beg.
Bagasi kami yang dibalut hanya 2 je kerana selebihnya kami angkut di dalam
pesawat.
Kami
check-out dari hotel pukul 10 pagi.
Kami menaiki teksi Vinasun ke airport.
Sepanjang perjalanan ke airport,
jalan raya seperti biasa terlalu padat dengan motor. Kadang-kadang risau je
terlanggar.
![]() |
selamat tiba airport :)
|
Airport
di Saigon ni kecil je, tak sebesar di KLIA2. Kami semua bertujuh lekas ke balai berlepas dan ke kaunter check-in bagasi.
Belakang tu kaunter check-in bagasi (20KG). Kat troli tu pula bagasi yang dibawak naik atas pesawat
|
Usai
urusan check-in bagasi, kami pergi ke
bahagian imegresen pula. Di bahagian sini, handphone,
tali pinggang, dompet, handbeg dan
lain-lain perlu dikeluarkan then di letakkan di sebuah bakul khas untuk di scan
mesin pihak imgresen Vietnam. Usai
di scan, kami terus ke bahagian
mengecop passport. Macam biasalah. Kami bertujuh selamat melepasi tahap
tersebut. Sebab sebelum ini selalu baca blog/pengalaman orang lain, bahagian imegresen Vietnam tersangatlah
ketat dan sukar melepasi. Alhamdullilah Allah permudahkan perjalanan kami :)
Ruang
menunggu kami di no.20 tetapi terpaksa ditukar saat-saat akhir kerana ada
sedikit masalah pesawat lain di situ. Agak jauh lah untuk berjalan dari ruang
no. 20 ke ruang no.17.
tak sabar nak balik Malaysia. yeay!!!
|
Akhirnya
final call dah memanggil kami untuk
memasuki pesawat Air Asia. Kami segeralah menuju ke tempat duduk masing-masing.
Doa memulakan perjalanan dibaca. Maka, berlepaslah kami dari Bandar Ho Chin
Minh. Selamat Tinggal! We gonna miss 'you' hahaha.
finally, we fly back to Malaysia
|
Sebenarnya
banyak lagi cerita yang ingin dikongsikan namun cukuplah sampai disini sahaja.
Aku nasihatkan korang pergilah travel ke negara lain supaya korang dapat buka
mata lihat kehidupan penduduk lain. Jauh perjalanan, luas permandangan :).
Percutian aku amatlah pendek selama 3 hari 2 malam sahaja. Jadi, kami tidak
sempat melancong kawasan menarik ketika di sana. Huhuh. Sedih juga lah
sebenarnya. Namun jauh di sudut hati, aku bersyukur kerana masih diberi rezeki
melawati negara orang.
Sebelum
travel, sila pastikan passport masih ‘bernyawa’, mempunyai bajet
percutian yang cukup dan sila kuatan
mental dan fizikal ya.
Pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekelip mata. Macam
kejadian sehari sebelum aku pergi travel
ke Vietnam, berita di radio dan kaca televisyen menyatakan sebuah pesawat
FLYDUBAI terhempas dan semua penumpang mati! Waktu tu, hanya Allah saja yang
tahu perasaan kami seketika itu. Kejadian itu berlaku kurang dari 24 jam
sebelum penerbangan kami bermula. Namun, kami positifkan diri. Alhamdullilah
semua berjalan lancar.
p/s:
Travel kali ini merupakan pengalaman
pertama aku ke luar negara.